Hanis Afifah

Assalamualaikum dan hai, semua! Nama saya Nurhanis Afifah. Nama pena saya Hanis Afifah. Boleh panggil saya Hanis. Di Instagram, saya lebih dikenali sebagai @hanis.menulis - seorang Pencipta Kandungan yang berkongsi tips, dakwah dan motivasi buat para penulis.

Saya merupakan pelajar di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, dalam Kulliyyah Undang-undang Ahmad Ibrahim (lebih masyhur dengan nama panggilan AIKOL - Ahmad Ibrahim Kulliyyah of Laws). Saya juga merupakan salah seorang penulis di bawah Terbitan Reading Spirit.

Saya seorang muslimah introvert yang canggung sosial dan pemalu nak bergaul dengan orang. Saban hari, saya belajar dan paksa diri untuk keluar dari kepompong rasa malu tak bertempat ni dan belajar mengembangkan zon selesa saya. 

Jadi, kalau nak berkawan dengan saya, boleh amat!

 

Blog Nurhanis Menakluk Resah.

Blog ini saya cipta khusus untuk berkongsi tentang isu keresahan (anxiety), isu canggung sosial (social awkwardness), keresahan sosial (social anxiety), dan hal-hal berkaitan perwatakan introvert. Kenapa saya pilih topik-topik ni? Kerana ia sangat berkait rapat dengan diri saya sendiri.

Apa-apa sahaja yang saya bakal kongsikan di blog ini khusus ditujukan buat para muslimah. Namun, itu tidak bermakna ia tidak terpakai untuk para ikhwan sekalian. In sha Allah, ia berguna untuk korang juga. Cuma macam saya cakap tadilah, saya sasarkan para muslimah sebagai pembaca blog ni.

Saya harap blog ini akan dapat memberi ibrah, ilmu pengetahuan dan manfaat kepada mereka yang membacanya. Saya akan usahakan untuk kemas kini sekurang-kurangnya sekali setiap minggu catatan baru dekat blog ni.

Nantikan, ya! 


Sekian. Itu sahaja untuk pengenalan saya.

Selamat membaca, korang!