Assalamualaikum wrt wbt.

Dipetik dan diterjemah (oleh saya sendiri) daripada Wikipedia:

Satu keadaan emosi yang dibentuk oleh rasa tidak senang yang disebabkan oleh kekacauan dalaman dan kebiasaannya ia diiringi rasa tidak suka dan benci terhadap sesuatu kejadian. 

Hakikatnya, perasaan resah atau mungkin kita panggil sebagai bimbang dan takut ini merupakan sesuatu yang fitrah dan lumrah di dalam diri manusia. Akan tetapi, perasaan ini berubah menjadi penyakit atau sebuah kecelaruan apabila ia terjadi dalam kadar berlebihan sehingga mengganggu fungsi normal seseorang manusia.

Penyakit ini tak memilih akan siapa yang hendak ia hinggapi. Ia boleh terjadi kepada kanak-kanak, remaja, belia, dewasa, mahupun orang tua. Saya ada terbaca dekat tips-kesihatan.com yang menyatakan bahawa penyakit keresahan ini lebih mudah dihidapi oleh wanita berbanding lelaki.


Jenis-jenis penyakit keresahan.

Antaranya:

  • Keresahan sosial
  • Serangan panik.
  • Stres
  • Trauma

Dll,


Gejala penyakit keresahan.

Lain orang, lainlah gejala yang dialami oleh mereka. Akan tetapi, bawah ni merupakan senarai gejala umum bagi mereka yang menghidapi penyakit ini:

  • Degupan jantung menjadi laju.
  • Pernafasan menjadi laju.
  • Tidak boleh duduk diam.
  • Tidak boleh fokus.
  • Susah tidur.
Dsb.

 

Rasa resah tak bermakna kita ada kecelaruan.

Takut, risau, bimbang dan bermacam lagi perasaan yang seumpamanya tidaklah automatik bermakna yang kita ada masalah kecelaruan keresahan. Untuk kita katakan yang kita ada masalah kecelaruan, itu memerlukan diagnosis daripada pakar. 

Jangan pandai-pandai nak diagnosis diri sendiri, ya!

Sebenarnya, perasaan lumrah ini ada kepentingan dan kelebihannya. Ia akan membantu kita jadi lebih peka dan berhati-hati. Namun, apabila ia berlaku dalam kadar berlebihan sehingga mengganggu diri dan fungsi diri ... Korang patut dapatkan pertolongan pakar dalam situasi macam ni! 


»»————- ♡ ————-««


Itu saja yang saya nak kongsikan untuk catatan pertama blog ni.

Terima kasih sebab sudi membaca. Assalamualaikum.